Monday, March 12

Seribu Lecturer Boleh Dicari, Dr. Suppiah Seorang Tiada Ganti

Sudah genap sebulan berada di UPSI. Sudah empat minggu menghadiri kuliah. Bermakna sudah 4 kali bertemu Dr. Suppiah. Lecturer Psikologi Pendidikan yang saya kira adalah insan yang istimewa. 

Bermula dari kelas pertama lagi Dr. sudah membudayakan kami dengan cara penyampaian yang agak "unorthodox". Luar dari norma. Out of the box. Out of this planet pun ada juga. Sepanjang hidup saya ada ramai guru dan pengajar yang saya ingat dan saya kenang. Dr. pasti akan dikenang. :D 

Kelas pertama, kami diminta untuk mengambil gambar kereta kesayangan Dr. "Lambaian Malar Hijau". Kereta lama yang banyak berjasa itu melambangkan perjuangannya dan betapa benda benda lama juga ada peranan dan tempatnya dalam perjalanan hidup kita. :D 

Kereta yang tidak pernah mengagalkan misi Dr.
Dr. dan Datsun 140Y nya...










 
 Lambaian Malar Hijau 















Lambaian Malar Hijau merupakan tajuk cerpen dalam koleksi sastera ting 4 yang menceritakan bagaimana seorang guru berjaya memujuk anak muridnya yang tidak mahu melanjutkan pelajarannya selepas PMR dan bagaimana akhirnya pelajar itu mencapai kejayaan atas kesungguhan guru tersebut memburu anak didiknya. Dr. ingin kami menjadikan semangat Cikgu Jo memburu anak didiknya itu sebagai sebahagian dari semangat kami juga apabila menyambung menjadi guru kelak. 

Menurut Dr., saya quote : "Saya sebagai pensyarah di sini, saudara dan saudari bakal guru Malaysia, sama sama kita menimba ilmu, untuk dimanfaatkan kepada pelajar, baik di Semporna, Sabah mahupun di Bachok, Kelantan." 


Dr. Suppiah in action.... 


















Dr. mengatakan bahawa Psikologi adalah subjek yang merupakan bicara jiwa dan bicara minda. Dr. juga menekankan betapa pentingnya sentuhan jiwa dan jasad dalam membentuk anak didik menjadi orang yang berguna. Dr. menyarankan penggunaan muzik dalam pengajaran dan juga perlunya lawak jenaka bersama pelajar untuk mengeratkan hubungan. 

Beri yang terbaik!!! Give more and Get more!!! :D 

Dr. juga sering berkongsi kisah hidupnya di dalam kelas. Menurut Dr., seribu isteri boleh kita miliki tetapi BONDA seorang tidak dapat ditukar ganti. Dr. sering mengatakan bahawa kita perlu membayar hutang budi kepada BONDA tercinta. Itulah Dr., seorang anak kerdil dari Chemor yang berjaya mendapat tiga ijazah dari USM. :D 

Dalam kelas yang lepas, Dr. ada meminta seorang pelajar jate menyanyikan sebuah lagu oleh ALLEYCATS bertajuk Hingga Akhir Nanti. Zul, ingin saya katakan di sini, anda terbaek!!!! :D 

Zul! Terbaek! 


















TIPS : 
1. Jangan biar anak didik tidur dalam kelas. 
2. Guna approach yang lembut dan elakkan menegur murid di khalayak ramai dan memalukan murid itu. 
3. Tayangkan video tentang pengorbanan ibu untuk menimbulkan kesedaran pada anak didik. 
4. Pujilah anak didik kita. 
5. Berceritalah dan dengarlah kisah anak didik agar terbentuk hubungan yang lebih akrab. 
6. Tunjukkan anak didik Jangkauan Penamat (End-in-sight) agar mereka dapat melihat arah tuju mereka. 

Saya juga ingin meninggalkan "legacy" seperti Dr. Terus hidup dalam minda anak didik walaupun sudah tiada lagi. Semoga saya dapat menjadi agen perubahan dalam hidup anak didik saya. :D 

--------BERSAMA KITA BERJUANG-------- 

No comments: